Selasa, 9 Ogos 2011

Ciri-ciri orang yang istiqamah ialah:
Seseorang yang istiqamah, tidak pernah merasa takut, sebagaimana ayat al-Quran: “…janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)…” (Al-Fussilat: 30)
Apabila seseorang tidak pernah ada rasa takut, mempunyai keteguhan hati, kuat keyakinannya, kukuh pendiriannya dan besar harapannya kepada Allah.
Pakar motivasi mengatakan: “Akar dari segala bentuk ketakutan adalah ketidak-percayaan. Orang yang merasa asing terhadap hidupnya dan tidak kenal Tuhan serta tidak kenal diri sendiri adalah orang yang ketakutan.

Istiqamah
Memohon pertolongan daripada Allah
Berusaha dengan bersungguh-sungguh
Taubat dan istiqhfar
Menambahkan ibadah
Selalu muhasab diri
Mengingati  mati

Ahad, 7 Ogos 2011

 Cara istiqamah ...
  • Beriman sepenuh hati kepada Allah dan Rasul.
  • Sentiasa taat dan tekun melaksanakan perintah Allah.
  •  Tabah dan sabar melaksanakan urusan  atau perintah Allah.
  • Berdisiplin dan berhemah tinggi. Menghindari perkara yang ditegah Allah. 

 Dalil istiqamah
فلذلك فادع واستقم كما أمرت ولاتتبع أهواءهم وقل ءامنت بما أنزل الله من كتاب وأمرت لأعدل بينكم الله ربنا وربكم  لنا أعمالنا ولكم أعمالكم لاحجة بيننا وبينكم  الله يجمع بيننا واليه المصير 
  (Surah As-Syura Ayat 15)
Ertinya : Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.  Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.  Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).  Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadanyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).
"Istiqamah menjadi tuntutan agama.Sifat yang mulia ini menjadi tuntutan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah Taala dan Rasulnya
بسم الله الرحمنالرحيم
 الحيمقل إنما انا بشر مثلكم يوحى الى أنما إلهكمإله وحد فاستقيموا ء إليه واستغفروه  وويل للمشركين
(Surah Fusilat Ayat ' 6)
Ertinya:  Katakanlah ( Wahai Muhammad ):  "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada Aku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; maka hendaklah kamu teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanya)......
Dalil Hadis
Ertinya:  Katakanlah:  Saya beriman dengan Allah kemudian teguhkan pendirian kamu.


Selasa, 2 Ogos 2011


Istiqamah di bulan Ramadhan
   dalam mengamalkan...........
  • Membaca Al-Quran.
  • Sedekah.
  • Solat sunat Terawih, Tahajjud, Hajat dan lain-lain
  • Zikir dan Istighfar.
 
Hindari...............
  • Mengumpat
  • Menipu
  • Membazir
  • Mendengar dan melihat perkara yang tidak elok