Keislaman Bilal dan Penderitaan Beliau
Bilal ialah sahabat yang terkenal dan sentiasa menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Pada mulanya beliau ialah seorang hamba kepada seorang kafir. Kemudian beliau telah memeluk islam. Oleh sebab itu beliau telah diseksa dengan pelbagai cara. Umaiyah bin Khalaf merupakan musuh islam yang amat jahat membaringkn beliau secara terlentang di atas pasir yang panas membakar di waktu tengah hari semasa musim panas. Dia juga meletakkan batu yang besar keatas dada Bilal supaya beliau tidak dapat bergerak.Dia berkata, Matilah aku dalam keadaan ini. Jika kamu mahu hidup , tinggallah islam kata Umaiyah bin Khalaf kepada Bilal.
Namun ,dalam keadaan itu pun Bilal masih berkata,” Ahad, Ahad , Yakni tuhan yang layak disembah hanyalah satu.
Pada malam hari , beliau diikat dengan rantai dan disebat dengan cemeti. Pada siang keesokan harinya, beliau dibaringkan pula di atas permukaan tanah yang panas supaya luka-luka itu bertambah teruk agar beliau meninggalkan islam, kerana tidak dapat menanggung penderitaaan itu lagi atau pun mati terseksa. Abu Jahal dan Umaiyah bin Khalaf bersama dengan orang-orang kafir yang lain bergilir-gilir menyeksa beliau. Setiap orang daripada mereka berusaha untuk menyeksa Bilal sehingga beliau keletihan . Abu Bakar melihat Bilal dalam keadaan yang amat menyedihkan maka beliau membeli dan membebaskan Bilal dari penyeksaan itu. Seterusnya Bilal bebas dari penyeksaan orang-orang kafir dan jadilah beliau sebagai tukang azan dan tetap mempertahan agama Allah. Sehingga ahkir hayatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan